Keperluan Margin

Urusniaga yang dijalankan di pasaran SWFX boleh dilakukan secara perdagangan margin, membolehkan pelanggan untuk melaksanakan dagangan yang lebih besar daripada deposit, menguatkan kesan pergerakan harga. Pendedahan pelbagai instrumen akaun dihadkan oleh jumlah garis perdagangan yang dikira dengan mendarabkan Ekuiti akaun dengan leveraj yang telah dipersetujui dengan Dukascopy Bank SA. Secara dasarnya leveraj untuk waktu dagangan biasa ditetapkan kepada 1:100, yang membolehkan peningkatan pendedahan sehingga 100 kali ganda jumlah ekuiti, tetapi boleh ditetapkan sehingga 1:200 dengan permintaan (Syarat mungkin dikenakan).

Leveraj awal akaun boleh disesuaikan kepada tahap yang berbeza (contoh 1:50 atau 1:20) yang telah ditetapkan oleh Dukascopy Bank SA dan pelanggan. Margin yang diperlukan untuk meningkatkan pendedahan dikira pada permulaan perdagangan, dan jumlah Margin Bebas dan Telah Digunakan dikemaskini dalam masa nyata pada platform dagangan.

Keperluan margin minimum

Dalam usaha untuk melindungi pelanggan daripada menanggung liabiliti yang melebihi ekuiti mereka dan melindungi Dukascopy Bank SA daripada risiko yang berkaitan, dasar margin minimum yang berikut terpakai: Keperluan ekuiti minimum untuk akaun dagangan persendirian adalah sebanyak 20 CHF. Untuk akaun dengan matawang asas yang berbeza jumlah minimum ekuiti dikira pada kadar tukaran penyelesaian terkini. Semua posisi yang masih terbuka boleh ditutup dan akaun boleh disekat jika ekuiti di dalam akaun mencapai keperluan margin minimum.

Margin minimum yang diperlukan untuk membuka posisi bergantung kepada leveraj yang dipilih, instrumen dan harga pasaran semasa.

Keperluan margin khas

Oleh kerana keadaan perdagangan yang khusus instrumen berikut mempunyai keperluan margin yang lebih tinggi (leveraj yang lebih rendah):

Instrumen Penerangan Keperluan Margin Leveraj
CAD/HKD Canadian Dollar vs Hong Kong Dollar 10% 1:10
EUR/CZK Euro vs Czech Koruna 10% 1:10
EUR/DKK Euro vs Danish Krone 10% 1:10
EUR/HKD Euro vs Hong Kong Dollar 10% 1:10
EUR/HUF Euro vs Hungarian Forint 10% 1:10
EUR/RUB Euro vs Russian Rouble 10% 1:10
EUR/TRY EUR vs Turkish Lira 10% 1:10
HKD/JPY Hong Kong Dollar vs Japanese Yen 10% 1:10
TRY/JPY Turkish Lira vs Japanese Yen 10% 1:10
USD/CNH US Dollar vs Chinese Yuan 10% 1:10
USD/CZK US Dollar vs Czech Koruna 10% 1:10
USD/DKK US Dollar vs Danish Krone 10% 1:10
USD/HKD US Dollar vs Hong Kong Dollar 10% 1:10
USD/HUF US Dollar vs Hungarian Forint 10% 1:10
USD/ILS US Dollar vs Israeli Shekel 10% 1:10
USD/RON US Dollar vs Romanian Leu 10% 1:10
USD/RUB US Dollar vs Russian Ruble 10% 1:10
USD/THB US Dollar vs Thailand Baht 10% 1:10
USD/TRY US Dollar vs Turkish Lira 10% 1:10
ZAR/JPY South African Rand vs Japanese Yen 10% 1:10
BTC/USD Bitcoin vs US Dollar 33% 1:3
ETH/USD Ether vs US Dollar 33% 1:3
USD/MXN US Dollar vs Mexican Peso 10% 1:10
BRENT.CMD/USD US Brent Oil 1% 1:100
LIGHT.CMD/USD US Crude Oil 1% 1:100
DIESEL.CMD/USD Low Sulphur Gasoil 1% 1:100
COPPER.CMD/USD High Grade Copper 1% 1:100
GAS.CMD/USD Natural Gas 1% 1:100
COFFEE.CMD/USX Coffee Arabica 3% 1:30
COCOA.CMD/USD US Cocoa 3% 1:30
SUGAR.CMD/USD Sugar White 3% 1:30
COTTON.CMD/USX Cotton 3% 1:30
OJUICE.CMD/USX Orange Juice 3% 1:30
AUS.IDX/AUD Australia 200 Index 1% 1:100
CHE.IDX/CHF Switzerland 20 Index 1% 1:100
DEU.IDX/EUR Germany 30 Index 1% 1:100
ESP.IDX/EUR Spain 35 Index 1% 1:100
EUS.IDX/EUR EU Stocks 50 Index 1% 1:100
FRA.IDX/EUR France 40 Index 1% 1:100
GBR.IDX/GBP UK 100 Index 1% 1:100
HKG.IDX/HKD Hong Kong Index 1% 1:100
JPN.IDX/JPY Japan 200+ Index 1% 1:100
USA30.IDX/USD US 30 Index 1% 1:100
USA500.IDX/USD US 500 Index 1% 1:100
USATECH.IDX/USD US 100 Tech Index 1% 1:100
CHI.IDX/USD China A50 Index 1% 1:100
DOLLAR.IDX/USD US Dollar Index 1% 1:100
NLD.IDX/EUR Netherlands 25 Index 1% 1:100
SGD.IDX/SGD Singapore Blue Chip Index 1% 1:100
IND.IDX/USD India 50 Index 1% 1:100
PLN.IDX/PLN Poland 20 Index 1% 1:100
BUND.TR/EUR German government bond 3% 1:30
UKGILT.TR/GBP UK government bond 3% 1:30

Leveraj maksimum yang tersedia untuk hujung minggu dan pada hari-hari penutupan pasaran adalah sama dengan nilai paling rendah leveraj pada hujung minggu (1:30 untuk akaun dengan leveraj 1:100 dan 1:60 untuk akaun dengan leveraj 1:200) atau kepada keperluan margin khas untuk instrumen atau akaun perdagangan.

Keperluan margin Khas (laveraj) kekal tanpa mengambil kira permintaan pelanggan untuk peningkatan leveraj maksimum.

  1. Keperluan margin minimum akan berbeza jika leveraj awal ditukar.
  2. Lihat bahagian "Leveraj hujung minggu" untuk maklumat tambahan mengenai leveraj hujung minggu.

Jika ekuiti untuk akaun perdagangan persendirian adalah kurang daripada CHF 20 atau bersamaan dalam matawang asing lain, akaun boleh disekat oleh Dukascopy Bank.

Penggunaan leveraj

Penggunaan Levaraj merupakan petunjuk yang menunjukkan berapa banyak cagaran yang sedang digunakan oleh pendedahan di dalam akaun perdagangan. Ia dipaparkan secara peratusan dalam masa nyata dan dikira seperti berikut:

Penggunaan leveraj
=
Margin Digunakan*
Ekuiti
×
100%
  • *Ambil perhatian bahawa Margin Digunakan bersamaan dengan pendedahan dibahagikan dengan leveraj

Contoh

Posisi 1 juta EUR/USD 1.2000
Pendedahan akaun USD 1'200'000
Untung dan rugi 0
Leveraj yang dibenarkan untuk akaun 1:20
Ekuiti USD 100'000

Margin Digunakan = Pendedahan akaun / Leveraj = USD 1'200'000 / 20 = USD 60'000
Penggunaan leveraj = Margin Digunakan / Ekuiti = 60'000 / 100'000 = 60%

Polisi panggilan margin dan pemotongan margin

Panggilan margin (Penggunaan leveraj >100%) bermaksud suatu keadaan di mana keperluan margin tidak membenarkan pelanggan untuk meningkatkan pendedahan pada akaunnya. Pelanggan hanya boleh melaksanakan dagangan untuk mengurangkan pendedahan, dengan menutup atau melindung nilai posisi bersih yang sedia ada. Walaupun tahap panggilan margin telah dicapai, posisi tidak akan ditutup secara automatik. Sistem secara automatik akan membatalkan semua pesanan bidaan/tawaran yang diletakkan yang boleh meningkatkan pendedahan.

Pemotongan margin atau paras potongan (Penggunaan leveraj ≥ 200%) - jika Penggunaan Leveraj mencapai atau melebihi 200%, Dukascopy Bank mempunyai hak (tetapi bukan kewajipan) untuk mengurangkan sepenuhnya atau sebahagian pendedahan pelanggan dengan menutup posisi sedia ada dan/atau dengan membuka kedudukan baru ke arah yang bertentangan. Biasanya sistem secara automatik mengurangkan pendedahan supaya Penggunaan Leverage dibawa kepada kira-kira 100%. Bagaimanapun, pedagang-pedagang boleh memilih untuk menutup sepenuhnya semua posisi terbuka dalam kes pemotongan margin.

Penggunaan leveraj Penerangan
0% Tiada pendedahan
< 100% Status biasa
≥ 100% Panggilan margin: pedagang tidak boleh meningkatkan pendedahan dalam akaun jika Penggunaan leverage adalah lebih daripada 100%
≥ 200% Pemotongan margin: biasanya sistem akan membuka posisi lindung nilai dalam arah yang bertentangan untuk semua posisi yang menyumbang kepada pendedahan pada akaun. Penggunaan leveraj akan menurun kepada 100% atau kurang.

Leveraj hujung minggu

Leveraj maksimum yang tersedia untuk hujung minggu, dan lain-lain hari penutupan pasaran ditetapkan pada 1:30 (1:60 untuk akaun dengan leveraj maksimum 1:200). Tujuan polisi ini adalah untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh jurang harga yang mungkin berlaku semasa penutupan pasaran, yang boleh mengancam dana yang dilaburkan.

Algoritma lazim: Kondisi dagangan pada hujung minggu bermula 3-4 jam sebelum setiap penutupan pasaran (hujung minggu, cuti, dan lain-lain) sehingga pembukaan semula pasaran. Bagi penutupan Jumaat malam yang biasa, kondisi hujung minggu akan berkuat kuasa pada 18:00 GMT, yang boleh menyebabkan penggunaan leveraj meningkat jika terdapat pendedahan dagangan. Tidak kira apa keadaan margin hujung minggu, mekanisma pelaksanaan umum panggilan margin dan pemotongan margin tetap sama. Iaitu, jika jumlah ekuiti dalam akaun tidak mencukupi untuk menyokong kedudukan sedia ada dengan leveraj 1:30, prosedur pemotongan margin akan digunakan pada akaun (lihat perenggan Panggilan Margin dan Pemotongan Margin).

Pendedahan maksimum instrumen

Pendedahan bersih maksimum bagi setiap pasangan matawang adalah terhad kepada posisi 15 juta matawang utama kecuali untuk USD / HUF, EUR / HUF, USD / CZK, EUR / CZK, USD / RON, USD / ILS, USD / THB di mana pendedahan maksimum dihadkan kepada 1 juta matawang utama. Bagi logam berharga, kripto dan CFD pendedahan maksimum dinyatakan dalam jadual di bawah:

Instrument Maximum exposure in contracts (for CFDs) /
Oz (for precious metals) / USD (for crypto)
BRENT.CMD/USD 650
LIGHT.CMD/USD 650
GAS.CMD/USD 4'500
DIESEL.CMD/USD 1'800
COFFEE.CMD/USX 940'000
COCOA.CMD/USD 225
SUGAR.CMD/USD 1'430
COTTON.CMD/USX 685'000
OJUICE.CMD/USX 410'000
COPPER.CMD/USD 8'000
USA500.IDX/USD 1'400
USATECH.IDX/USD 650
USA30.IDX/USD 160
DEU.IDX/EUR 250
GBR.IDX/GBP 350
FRA.IDX/EUR 600
AUS.IDX/AUD 750
JPN.IDX/JPY 20'000
HKG.IDX/HKD 1'000
CHE.IDX/CHF 350
ESP.IDX/EUR 300
EUS.IDX/EUR 900
XAU/USD 17'000
XAG/USD 160'000
BTC/USD 30'000 USD equivalent
ETH/USD 30'000 USD equivalent
CHI.IDX/USD 280
DOLLAR.IDX/USD 31'530
NLD.IDX/EUR 4'550
SGD.IDX/SGD 11'220
IND.IDX/USD 270
PLN.IDX/PLN 1'545
BUND.TR/EUR 15'880
UKGILT.TR/GBP 18'678

Pelanggan boleh meminta untuk mengubah/meningkatkan had pendedahan maksimum.
Dalam kes ini leveraj akaun akan dikurangkan kepada 1:20 (1:10 pada hujung minggu).

Pendedahan maksimum instrumen saham CFD

Pendedahan maksimum bagi setiap saham tunggal CFD adalah 100'000 USD atau bersamaan dalam mata wang lain. Pelanggan boleh meminta untuk meningkatkan pendedahan maksimum kepada 250'000 USD, dalam kes ini leveraj akan dikurangkan kepada 1:2 daripada tetapan asal 1:10. Pelanggan boleh meminta untuk meningkatkan leveraj untuk 1:20. Dalam kes ini pendedahan maksimum bagi setiap CFD akan menjadi 50'000 USD. Pada hujung minggu peraturan pengurangan leveraj tidak terpakai kepada CFD saham tunggal.

Market Maximum exposure
for a share CFD
Austria 100'000 EUR
Belgium 100'000 EUR
Denmark 750'000 DKK
Finland 100'000 EUR
France 100'000 EUR
Germany 100'000 EUR
Netherlands 100'000 EUR
Norway 900'000 NOK
Portugal 100'000 EUR
Spain 100'000 EUR
Sweden 950'000 SEK
Switzerland 100'000 CHF
UK 90'000 GBP
US 100'000 USD

Pendedahan risiko

Pedagangan margin mempunyai tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Ia amat disyorkan untuk mengekalkan Penggunaan Leveraj pada tahap biasa. Pelanggan diingatkan bahawa leveraj meningkatkan potensi kerugian serta potensi keuntungan, dan dana yang dilaburkan boleh mengalami kerugian dengan cepat dalam keadaan di mana harga pasaran menunjukkan ketidaktentuan yang tinggi, berpotensi mewujudkan persekitaran yang buruk kepada peserta dengan leveraj yang tinggi. Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan margin yang mencukupi untuk posisi yang sedia ada.

To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank Binary Options / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Dukascopy Bank CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Crypto Trading / CFD / Forex trading platform, SWFX and other trading related information,
please call us or make callback request.
To learn more about Business Introducer and other trading related information,
please call us or make callback request.
For further information regarding potential cooperation,
please call us or make callback request.